
Apa itu Busking?
"a person who entertains people for money in public places (as by singing or dancing), usually while asking for money"
atau lebih kurang: mereka yang melakukan kegiatan menghibur di khalayak umum demi sejumlah wang dengan aktiviti menyanyi, menari, atau aksi yang pelbagai.

Jika di Malaysia, Ramai golongan remaja/belia tampil dengan kegiatan busker mereka sendiri yang mana kebanyakkan dari mereka bergerak sendiri atau secara kumpulan. Anda boleh perhatikannya di Jalan Hang Kasturi atau Pasar Budaya (Central Market), di Bukit Bintang dan lain-lain tempat.
Secara tak langsung aktiviti sebegini dapat mengurangkan kadar sosial yang negatif dan memberi peluang kepada mereka untuk mempersembahkannya kepada khalayak umum. Di sini ada saya sertakan video dokumentari dari luar negara kepada umum apa sebenarnya yang dikatakan "Busking" itu dan mempelajari sesuatu dari video ini. Mari kita saksikan..